Sunday, September 29, 2019

Friday, August 23, 2019

Lampu Garam Gunung Himalaya / Himalayan Salt Lamp



Batu ini diperbuat daripada garam di pergunungan Himalaya dengan pelbagai warna, antaranya jingga, putih, dan merah gelap, dan ia didatangkan dengan saiz/berat yang berbeza-beza. Ianya dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Lampu garam Himalaya ini sesuai untuk dijadikan perhiasan di rumah atau pejabat. Dengan bentuknya yang menarik ia juga dapat memberi seri atau mood persekitaran yang aman.

Antara manfaat kesihatan lampu garam ini ialah:

-Apabila lampu dinyalakan batu garam akan menjadi panas dan mengeluarkan ion-ion negatif (baik)   bagi meneutralkan ion-ion positif (jahat) di sekeliling rumah.
-Membersihkan udara.
-Mengatasi alahan.
-Meningkatkan mood seseorang.
-Membantu untuk tidur...dan pelbagai lagi.

Jingga
Merah gelap
Walaupun lampu garam berwarna jingga amat popular dan senang didapati dipasaran. Cahaya yang dikeluarkan dari batu bewarna jingga ini amat terang dan sesuai diletakan di ruag tamu, namun untuk ruang tidur, amatlah sesuai jika lampu garam merah gelap digunakan.

Cahayanya yang terhad dapat menenangkan seseorang untuk tidur. Lampu garam merah gelap juga lebih panas bebanding yang jingga apabila lampu dinyalakan dan dengan ini meningkatkan lagi keberkesananya.

Namun stok lampu garam merah gelap di pasaran adalah terhad dan harganya mahal jika dibandingkan dengan lampu garam bewarna jingga.


Mentol yang digunakan adalah dari jenis lampu 'fridge' yang bersaiz E14 ia boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai hardware di luar sana. Mentol biasa ini juga akan menjadikan batu garam ini panas dan berkesan, bagaimanapun lampu dengan nyalaan biru seperti gambar diatas pula menggunakan jenis LED yang sangat sukar didapati dipasaran, serta sedikit mahal dari lampu biasa. LED ini tidak mengeluarkan haba seperti lampu biasa, ianya hanya sekadar perhiasan yang menarik dipamerkan dengan lampu yang berwarna warni seperti, biru, hijau dan merah.

Jingga
Putih
Merah gelap
Kelabu
Tips:
Bila batu garam ini lama tidak dinyalakan lampu ia akan mengeluarkan sedikit air berserta garam disebabkan keadaan persekitaran yang lembap. Untuk mengurangakan garam terhakis akibat dari ini anda dinasihati untuk menutup batu garam ini dengan plastik biasa atau kertas jika lama ia tidak digunakan.

Untuk keterangan lanjut bagi mendapatkan lampu garam dengan pelbagai pilihan warna, sila email saya di:

tfarizah2@gmail.com